Shining Flower

Indah bunga kerana warnanya... Indah busana kerana labucinya.

Tuesday, February 7, 2012

WIP : Orange Crystal

In-Progress.
Yang masih dalam pembikinan. Tema adalah warna orange. So saya banyak bermain dengan warna orange. Tapi, warna orange sahaja pon nampak tak menarikkan. So ada tambahan color lain. Color apa yang saya gunakan, kena tunggu siap sepenuhnya nanti baru nampak.

Sekali lagi bermain² dengan material jenis lycra. 

Thursday, February 2, 2012

Crystal Flower

Crystal flower ialah sulaman kombinasi.
Sulaman adalah dari mesin MC 350e dan di perincikan dengan butiran² manik dan labuci.
Tambah menaikkan seri dengan crystal glass berwarna pink untuk menaikkan seri.
Bahagian daun saya masih mengekalkan warna hijau supaya lebih natural.

 Bahagian belakang bawah baju.

Bahagian lengan & depan bawah baju yang di tambah sulaman manik & labuci.


Wednesday, February 1, 2012

[Bengkel Asas] Petronita

Tarikh : 26 & 27 Januari 2012
Masa : 5.15 pm - 7.15 pm
Tempat : KLCC Twin Tower
Sessi : 1 & 2

 The beads

 Kit yang di sediakan.






Beading Class kali ni bersama Petronita. Petronita di anggotai oleh kakitangan wanita Petronas dan isteri2 kakitangan Petronas. Siapa sangka, mereka sangat berbakat menjahit manik. First time try menjahit pon dah cantik dan kemas. ;-)

Tracing Paper



Apakah tracing paper?


Bukan semua orang kreatif untuk melukis tangan, betulkan? 
Sebagai alternatifnya, boleh gunakan tracing paper untuk membantu dalam proses lakaran.


Tracing paper ialah kertas yang membantu untuk memindahkan lakaran dari kertas ke fabrik. Sangat-sangat membantu. Percayalah. Tracing paper mempunyai satu lapisan kapur di mana kapur ini akan berpindah ke atas fabrik apabila lakaran di buat di atas tracing paper.


Sangat mudah digunakan. Hanya lakar atau tekap kertas lakaran yang telah di design menggunakan komputer atau apa sahaja tool untuk mendesign. Kertas lakaran ini akan di letakkan di bahagian atas tracing paper dengan keadaan kapur tracing paper menghadap ke fabrik. Kemudian, lakar semula design yang ada di atas kertas lakaran. Secara automatik, kapur dari tracing paper akan melekat ke atas fabrik. 


Siap! Mudah kan....