Shining Flower

Indah bunga kerana warnanya... Indah busana kerana labucinya.

Tuesday, May 8, 2012

WIP : Layah... or veil ..




Veil pengantin ini sedang mengambil masa² senggang saya. Seluruh weekend saya peruntukkan untuk veil ini. Gambar di ambil ketika masih dalam progress menyiapkannya. But now dah pon siap beading veil nih tapi hati masih tidak puas.


Oh hati, apalagi kekurangan kali ini?
Yess... ada sesuatu yang perlu ditambah untuk lebih 'meletops'... 

so still in-progress mode.

Saturday, May 5, 2012

WIP : Black Crumble




Dia hitam tapi dia menawan.
Dia putih tapi dia menarik.

Another wip project yang bertemakan black & white.

Wednesday, May 2, 2012

[Free Tutorial] Bunga Labuci

Salam,
Hari ni saya nak bagi free tutorial untuk jahit bunga labuci. Ini adalah bunga labuci yang paling mudah sekali.



Peralatan yang di perlukan :
Jarum
Benang
Water erasable pen
Labuci (Hijau, pink)
Manik hex (gold).
Glass Pearl.

Tips:
1. Jika inginkan hasil yang terbaik, haruslah menggunakan manik Jepun yang berkualiti tinggi seperti Manik Toho (Apple Beads) ataupun Miyuki.
2. Sebaik²nya gunakan glass pearl utk effect shining yang lebih menyerlah. Kalau ada budget lebih, boleh gunakan swarovski.

1.  Lakar bulatan mengikut saiz gelung benang menggunakan water erasable pen.

 2. Bahagikan bulatan kepada 6 bahagian. Tandakan pusat bulatan.

3. Cucuk benang di mana² garisan yang telah ditandakan.

 4. Masukkan 1 labuci hijau, 1 bj manik hex, 1 labuci hijau, 1 labuci pink, 2 bj manik hex.

 5. Cucuk di bahagian pusat bulatan seperti yang ditandakan.

 6. Keluarkan jarum ke garisan berikutnya dan masukkan susunan manik dan labuci seperti tadi.

 7. Ulang step 5 & 6 sehingga siap 6 bahagian yang telah di tandakan.

 8. Ulang step 5 & 6

 9. Setelah siap, keluarkan jarum di garisan pusat bulatan dan masukkan 1 bj manik pearl.

 10. Cucuk jarum ke garisan pusat bulatan kembali.

Siap!
Size lebih kurang 1".